Program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dibukakan

Posted by info.mcys info.mcys   star
Options
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 April. - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam sekali lagi akan menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara Ke-38 (penyertaan ke-26 tahun) selama 53 hari yang akan bermula pada 25 Oktober hingga 16 Disember 2011.

Rancangan ini merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun, dengan singgah ke beberapa negara berkenaan.

Program ini bermula sejak tahun 1974, yang dikelolakan dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dengan kerjasama negara-negara ASEAN.

Program ini akan bermula di negara Jepun dan akan singgah ke negara-negara ASEAN (Filipina, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Viet Nam dan berakhir di negara Jepun).

Perwakilan (ketua belia) juga berkesempatan melawat negara Kemboja (Phnom Penh) semasa program berada di negara Malaysia dengan menggunakan penerbangan.

Program pada tahun ini akan menggunakan kapal persiaran mewah negara Jepun iaitu "Fuji Maru".

Antara lain tujuan rancangan ini ialah bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama antarabangsa di kalangan belia-belia ASEAN dan Jepun, untuk mengenali dan mempelajari berbagai kegiatan dalam semua aspek, cara hidup, adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

JBS akan membuat persiapan awal bagi penyertaan program ini dan akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya belia-belia di negara ini yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada 1 April dan masih bujang yang berminat dan berkelayakan bagi mengikuti program tersebut.

Borang-borang yang lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat dari hari Khamis, 26 Mei 2011 pukul 4.00 petang waktu pejabat ke alamat:

JBS Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BC3915 di talian: 2232911/2380715/2380713/2380714/2381903/2381904 atau di talian faksimile: 2381524 atau melalui e-mel: jbsbelia@brunet.bn/kapalbelia2011@gmail.com atau Pusat Belia, Bandar Seri Begawan BS8111 di talian telefon: 2223936/2222900 dan faksimile: 2229423.

JBS Daerah Kuala Belait Bangunan Lama Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Belait, KA1131, Negara Brunei Darussalam di talian telefon: 3340958/3333992/3335257 dan faksimile: 3334938 atau Pusat Belia, Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait, KA1131, Negara Brunei Darussalam di talian telefon: 3334938 dan faksimile: 3335057.

JBS Cawangan Daerah Tutong TA1341, Negara Brunei Darussalam di talian telefon: 4221551/4261324 dan faksimile: 4222964 atau Pusat Belia, Bukit Bendera, Tutong TA1341, Negara Brunei Darussalam di talian telefon: 4222963.

JBS Cawangan Daerah Temburong Bangunan Lama Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Temburong, PA1351, Negara Brunei Darussalam di talian telefon: 5221718/5221694/5221039 dan faksimile: 5221995.
Loading...