Quantcast

Pelbagai aktiviti meriahkan Kembara Jubli Emas DBP

Posted by info.mcys info.mcys  
Report Content as Inappropriate
Options
Pelita Brunei - TEMBURONG, Rabu, 18 Januari. - Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan Kembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kini diadakan di daerah ini sejak 16 hingga 19 Januari ini di Ruang Legar Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar di sini.

Antara aktiviti tersebut ialah pameran tentang visi, misi dan peranan jabatan, aktiviti kebahasaan yang terdiri dari puak Murut, Kedayaan dan Akustik dan jualan buku terbitan DBP.

Di samping itu para penduduk di daerah ini juga berpeluang untuk bersemuka bersama penyunting majalah Mekar, majalah Bahana, majalah Juara selain menyertai kuiz terjemahan dan kuiz perambahan Brunei (muda-mudi), bersemuka bersama para pelukis tanah air dan bersama para penulis S.E.A WRITE AWARD.

Kembara merupakan lanjutan bagi kegiatan Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan DBP (1961-2011) yang diadakan pada September 2011 yang antara lain bertujuan untuk memperkasa pemakaian dan penggunaan bahasa Melayu melalui kegiatan dan kerjasama strategik dengan jabatan dan syarikat semi kerajaan yang berkaitan sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Negara Brunei 1959.

Dengan adanya kembara tersebut diharap akan dapat meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat khususnya penduduk di daerah ini akan peranan dan tanggungjawab DBP baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan identiti dan jati diri bangsa Melayu.

(Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim)
Loading...